Carta Organisasi Jabatan
- Hits: 9263
Accessibility Tools
Gua Musang merupakan sebuah jajahan yang terletak di sebelah selatan Negeri Kelantan yang menjadi sempadan antara Negeri Kelantan dengan Negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Kelantan dari arah selatan melalui jalan darat iaitu Kuala Lipis atau Kuala Lumpur.
Kedudukan yang strategik serta bentuk muka bumi yang unik dengan dikelilingi oleh gua-gua menggalakkan industri pelancongan. Disamping itu, dengan adanya kemudahan jaringan perhubungan yang baik seperti jalan darat dan juga keretapi memudahkan para pengunjung dan pelancong datang ke Gua Musang.
Untuk melaksanakan sistem pentadbiran Jajahan yang cekap dan berkesan bagi mencapai objektif berikut :
Untuk menjadikan pentadbiran tanah yang berupaya merancang pembangunan tanah, pelupusan tanah dan penguatkuasaan Undang-undang Tanah dengan adil dan mematuhi kehendak Dasar Pembangunan bagi mencapai matlamat berikut :
* Merancang pelupusan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan
* Melaksanakan dasar tanah dengan adil dan dapat menguntungkan rakyat
Visi
Menjadikan Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang Sebagai Sebuah jabatan dinamik ,Komprehensif dan mengutamakan pembangunan lestari Dan cekap serta mencapai kepuasan pelanggan di dalam pentadbiran dan pengurusan tanah serta jajahan
Misi
Merancang, Mengurus, Mentadbir Tanah & Jajahan dan Melaksanakan Dasar-Dasar Kerajaan Serta Memberi Perkhidmatan Secara Berintegriti, Berkualiti Dan Efisien Ke Arah Kecemerlangan Pembangunan Ekonomi, Fizikal Dan Pembangunan Insan.