faq hubungi maklumbalas peta

Perutusan Ketua Jajahan

 

Bismillahir Rahmanir Rahiim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dapat dibangunkan dengan jayanya selaras dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.

Teknologi maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Sekian, wassalam.

YABrs Tuan Haji Ab. Pattah bin Hasbullah
(Ketua Jajahan Gua Musang)

  • Kemaskini Terakhir : Selasa 26 September 2023.

https://ptjgm.kelantan.gov.my/index.php/ms/profail/dasar-privasi

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas
Kebebasan Maklumat KELGOV PPST

Arkib Elektronik
Bil Kategori Kandungan Tarikh Kemaskini Tempoh Kemaskini Bilangan Hari Baki Hari Kriteria Tagging Splask
1. Pengumuman Hebahan/ Pengumuman / Makluman/ Aktiviti/ Iklan 24-09-2023 01:24:32 30 hari 2 28 Updated Content - Broadcast splwpk-broadcast
2. About Us Maklumat Kakitangan dan Pengurusan Atasan 24-09-2023 01:27:25 30 hari 2 28 Updated Content - About Us splwpk-about-us
3. Berita Terkini Berita / Aktiviti / Peristiwa 26-09-2023 03:22:44 30 hari 0 30 Updated Content – News splwpk-news
4. Jawatan Kosong Jawatan Kosong 24-09-2023 01:24:26 30 hari 2 28
5. Statistik Piagam Pelanggan | Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian 24-09-2023 01:25:22 60 hari 2 58 Updated Content - Achievement of Client Charter splwpk-client-charter
6. Hubungi Kami Alamat & Lokasi 24-09-2023 01:25:14 30 hari 2 28 Updated Content - Contact Details splwpk-contact-details
7. Data Terbuka Penyediaan Data Set 23-08-2023 03:21:51 30 hari 34 -4 Open Data splwpk-open-data
8. Penerbitan Penerbitan yang diterbitkan atau dimuat turun di laman web 24-09-2023 01:26:07 30 hari 2 28 Publication splwpk-publication
9. Policy Dasar privasi laman web dan / atau Akta Perlindungan Data Peribadi 24-09-2023 01:24:19 30 hari 2 28 Privacy Policy Statement dan / atau Personal Data Protection Act splwpk-privacy-policy dan / atau splwpk-pdpa
10. ePenyertaan Merujuk kepada arkib dasar, belanjawan atau dokumen undang-undang, acara atau inisiatif e penyertaan yang lalu 24-09-2023 01:24:39 30 hari 2 28 Online E-Participation splwpk-online-e-participation
11. sebutharga Tender/ sebutharga 24-09-2023 01:24:51 30 hari 2 28 Online Procurement Announcement splwpk-procurement
12. CDO Maklumat CDO 24-09-2023 01:27:56 30 hari 2 28 Publicising an Ageny CIO/CDO or Equivalent splwpk-publicising
13. FAQ Soalan Lazim (FAQ) 24-09-2023 01:26:01 30 hari 2 28 Updated Content - FAQ splwpk-faq
Markah Naziran (6%) = 5.5384615384615%