19 Ogos 2026 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos telah diadakan di perkarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Majlis didahului dengan nyanyian Lagu Negaraku dan diikuti nyanyian Lagu Selamat Sultan dan disusuli pula bacaan Ikrar dan bacaan doa.
Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Tabung Save Palestine Kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bertempat di Hotel Renai, Kota Bharu.