MAKLUMAN PERTUKARAN DAN PELANTIKAN KETUA JAJAHAN GUA MUSANG YANG BAHARU
MAKLUMAN PERTUKARAN DAN PELANTIKAN KETUA JAJAHAN GUA MUSANG YANG BAHARU
GUA MUSANG | 12 NOVEMBER 2026
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang (PTJGM) ingin memaklumkan bahawa pertukaran kepimpinan Ketua Jajahan Gua Musang berkuat kuasa mulai 12 November 2026.
Sehubungan itu, seluruh warga kerja PTJGM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Mohd. Roshdi bin Ismail, mantan Ketua Jajahan Gua Musang, atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan kepimpinan cemerlang sepanjang menerajui pentadbiran jajahan ini.
Beliau akan meneruskan khidmat bakti sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Pada kesempatan ini juga, seluruh warga kerja PTJGM mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan Selamat Datang serta Selamat Bertugas kepada Ketua Jajahan Gua Musang yang baharu iaitu YABrs Encik Mohd Saifudeen bin Md Salleh
Semoga kepimpinan baharu ini terus memperkukuh kecemerlangan pentadbiran, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta memacu pembangunan Jajahan Gua Musang demi kesejahteraan rakyat.
Selamat Datang dan Selamat Bertugas.
Ikhlas daripada seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
#PTJGM #PejabatTanahDanJajahanGuaMusang #KetuaJajahanGuaMusang #SelamatDatang #SelamatBertugas #Kelantan
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 7