Accessibility Tools

Skip to main content

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍𝐆 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐇𝐄𝐀𝐈𝐊

Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang (PTJGM) telah menerima kunjungan Panel Juruaudit UMI dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bagi melaksanakan Sesi Pengauditan Pembudayaan UMI sebagai usaha menilai tahap pelaksanaan, pematuhan dan keberkesanan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam pengurusan serta pentadbiran jabatan.

Sesi pengauditan ini bertujuan memastikan pelaksanaan Pembudayaan UMI di PTJGM sentiasa berada pada landasan yang ditetapkan, khususnya dalam memperkukuh amalan kerja berteraskan nilai integriti, amanah, profesionalisme, disiplin dan kecemerlangan perkhidmatan.

Sepanjang sesi pengauditan berlangsung, panel juruaudit telah melaksanakan semakan terhadap dokumentasi, pelaksanaan program dan aktiviti Pembudayaan UMI serta amalan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga kerja PTJGM.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian pandangan, teguran membina dan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan Pembudayaan UMI secara menyeluruh dan berterusan.
 
Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja PTJGM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Panel Juruaudit UMI dari JAHEAIK atas komitmen, bimbingan serta pandangan yang diberikan sepanjang sesi pengauditan berlangsung.
Diharapkan sesi pengauditan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh budaya kerja cemerlang, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek pengurusan dan pentadbiran jabatan.
 
Semoga segala usaha dan komitmen yang dilaksanakan dapat menjadikan PTJGM sebuah organisasi yang unggul, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kecemerlangan perkhidmatan kepada rakyat.
 
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini:
 
 
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 12
Kebebasan Maklumat

Arkib Elektronik
KELGOV PPST

https://ptjgm.kelantan.gov.my/index.php/ms/profail/dasar-privasi