faq hubungi maklumbalas peta

Malaysia mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan melibatkan orang awam atau rakyat seiring dengan definisi Kerajaan Terbuka.  The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) mendefinisikan Kerajaan Terbuka sebagai keterbukaan terhadap proses-proses kerajaan, prosedur, dokumen dan data kerajaan bagi pengawasan dan pemeriksaan oleh orang awam atau rakyat.

Walaupun Akta Kebebasan Maklumat (FOI) belum digubal di peringkat persekutuan di negara ini, kebebasan maklumat telah diamalkan melalui platform data terbuka kerajaan (data.gov.my) seperti berikut:

  1. Sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan dan berkongsi data.
  2. Sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan dan berkongsi data tanpa sebarang caj.
  3. Sesiapa sahaja boleh memohon set data yang baharu.
  4. Setiap set data telah dilesenkan bagi membolehkan sesiapa menggunakan data mengikut keperluannya termasuk mengubah, menggabung dan berkongsi dengan orang lain, malah untuk komersial.
  5. Memastikan maklumat yang terkandung di dalam dokumen adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan.

Lesen Creative Commons adalah lesen undang-undang yang boleh digunakan pencipta dan hak pemegang hak lain untuk menawarkan hak penggunaan tertentu kepada orang awam. Lesen CC menyediakan cara mudah untuk menguruskan istilah hak cipta yang melampirkan secara automatik kepada semua bahan kreatif di bawah hak cipta. lesen membenarkan bahan itu dikongsi dan diguna semula di bawah terma yang fleksibel dan sah di sisi undang-undang.

Lesen CC digunakan apabila pengarang mahu memberi orang hak untuk berkongsi, menggunakan dan memanfaatkan karya yang telah mereka buat. Di ptjgm.kelantan.gov.my, lesen CC digunakan untuk kebanyakan set data bagi memastikan data tersebut bersedia untuk digunakan kepada orang ramai.

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang (PTJGM).

PTJGM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh yang demikian, PTJPP amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
  • Kemaskini Terakhir : Rabu 19 Jun 2024.

https://ptjgm.kelantan.gov.my/index.php/ms/profail/dasar-privasi

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas
Kebebasan Maklumat

Arkib Elektronik
KELGOV PPST
Bil Kategori Kandungan Tarikh Kemaskini Tempoh Kemaskini Bilangan Hari Baki Hari Kriteria Tagging Splask
1. Pengumuman Hebahan/ Pengumuman / Makluman/ Aktiviti/ Iklan 19-06-2024 07:08:03 30 hari 5 25 Updated Content - Broadcast splwpk-broadcast
2. About Us Maklumat Kakitangan dan Pengurusan Atasan 19-06-2024 07:12:10 30 hari 5 25 Updated Content - About Us splwpk-about-us
3. Berita Terkini Berita / Aktiviti / Peristiwa 19-06-2024 07:05:46 30 hari 5 25 Updated Content – News splwpk-news
4. Jawatan Kosong Jawatan Kosong 19-06-2024 07:06:49 30 hari 5 25
5. Statistik Piagam Pelanggan | Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian 19-06-2024 07:09:15 60 hari 5 55 Updated Content - Achievement of Client Charter splwpk-client-charter
6. Hubungi Kami Alamat & Lokasi 19-06-2024 07:09:47 30 hari 5 25 Updated Content - Contact Details splwpk-contact-details
7. Data Terbuka Penyediaan Data Set 24-11-2023 03:18:26 30 hari 213 -183 Open Data splwpk-open-data
8. Penerbitan Penerbitan yang diterbitkan atau dimuat turun di laman web 19-06-2024 07:10:54 30 hari 5 25 Publication splwpk-publication
9. Policy Dasar privasi laman web dan / atau Akta Perlindungan Data Peribadi 19-06-2024 07:06:15 30 hari 5 25 Privacy Policy Statement dan / atau Personal Data Protection Act splwpk-privacy-policy dan / atau splwpk-pdpa
10. ePenyertaan Merujuk kepada arkib dasar, belanjawan atau dokumen undang-undang, acara atau inisiatif e penyertaan yang lalu 19-06-2024 07:10:18 30 hari 5 25 Online E-Participation splwpk-online-e-participation
11. sebutharga Tender/ sebutharga 19-06-2024 07:08:52 30 hari 5 25 Online Procurement Announcement splwpk-procurement
12. CDO Maklumat CDO 19-06-2024 07:05:08 30 hari 5 25 Publicising an Ageny CIO/CDO or Equivalent splwpk-publicising
13. FAQ Soalan Lazim (FAQ) 19-06-2024 07:10:33 30 hari 5 25 Updated Content - FAQ splwpk-faq
Markah Naziran (6%) = 5.5384615384615%