𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐂𝐇𝐔𝐏𝐀𝐊 - 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐤𝐫𝐞𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang telah berjaya menganjurkan Program Pendakian Bukit Chupak - Taman Rekreasi Hutan Dalam Bandar sebagai salah satu inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi selain dalam rangka promosi memperkenalkan Bukit Chupak kepada masyarakat Gua Musang selaras hasrat YABrs Ketua Jajahan Gua Musang, En. Mohd. Roshdi bin Ismail.
Program ini telah melibatkan penyertaan 23 agensi, antaranya PUSPANITA GM, IPD Gua Musang, MDGM, Hospital Gua Musang, KESEDAR, FELDA, JKR, PPD, WI, APM, Pejabat Kesihatan Daerah, dan lain-lain agensi berkaitan, dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 230 orang.
Majlis telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi, berlangsung dengan lancar dan teratur.
Bukit Chupak dengan ketinggian 172 Meter dari aras laut menyaksikan semangat kerjasama strategik antara agensi di samping kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Program berakhir dengan ketua-ketua jabatan merakam detik indah bergambar di Platform 'ALLAH SELAMATKAN GUA MUSANG' di puncak bukit.
- Hits: 10