MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON DAN KERJA-KERJA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN GUA MUSANG
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan talian telefon Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sedang mengalami gangguan teknikal dan tidak dapat beroperasi seperti biasa buat sementara waktu.
Sehubungan itu, pihak pejabat sedang dalam proses menaik taraf infrastruktur telekomunikasi sedia ada daripada teknologi kabel tembaga (copper) kepada teknologi gentian optik (fibre optic) serta pelaksanaan sistem talian telefon berasaskan Protokol Internet (IP Centrex).
Pelaksanaan kerja-kerja naik taraf ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kestabilan, kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan telekomunikasi pejabat demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam lebih sistematik dan berkesan.
Sepanjang tempoh tersebut, orang awam mungkin mengalami kesukaran untuk menghubungi pihak pejabat melalui talian telefon.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan talian telefon dapat dipulihkan dan beroperasi sepenuhnya secepat mungkin.
Kerjasama, kesabaran dan keprihatinan semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Maklumat dikemaskini sehingga 26 November 2026
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 10