MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN TABUNG SAVE PALESTINE KEPADA HUMANITARIAN CARE MALAYSIA (MYCARE) DISEMPURNAKAN OLEH YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN

Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Tabung Save Palestine Kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bertempat di Hotel Renai, Kota Bharu.
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang menyalurkan sumbangan sebanyak RM 50,000 kepada MyCARE untuk kegunaan bantuan kepada Palestin. Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan.
Keberangkatan YMM Tuanku Pemangku Raja Kelantan ke majlis tersebut diiringi oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Abd. Pattah bin Hasbullah, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed.
Turut hadir ke majlis yang berlangsung dengan penuh rasa prihatin dan kemanusiaan ini ialah:
• YB Tuan Zawawi bin Ghazali, Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan
• YB Dato’ Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
• YDH CP Dato’ Haji Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Polis Kelantan
• YABrs Dato’ Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan
• Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Sultan Kelantan
• Pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang serta wakil MyCare
- Hits: 24