Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H / 2024M
- Super User
- Berita Terkini
- Jumlah paparan: 2083
18 APRIL 2024 - Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H / 2024M yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) telah diadakan pada 18 April 2024 (Khamis) bertempat di Hadapan RnR Rantau Manis, Gua Musang pada pagi tadi.
Kempen ini merupakan salah satu langkah dalam usaha Jabatan dan Agensi yang terlibat bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.
Kempen ini dimulakan dengan gimik konvoi kenderaan jabatan yang terdiri dari PTJGM, PDRM, Bomba, APM, JKR dan beberapa kenderaan jabatan yang lain di jajahan Gua Musang dan penyampaian hamper hari raya kepada setiap wakil kenderaan jabatan yang menyertai konvoi ini.
Seterusnya acara diteruskan lagi dengan dengan penyerahan 'goodies bag' hari raya Aidilfitri oleh YABrs Ketua Jajahan Gua Musang, YDH Ketua Polis Daerah Gua Musang, YBrs Setiausaha MDGM, YBrs Jurutera Jajahan Gua Musang, YBrs Ketua Cawangan JPJ Gua Musang, YBrs Pegawai APM Daerah Gua Musang serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Jajahan Gua Musang kepada setiap pengguna jalan raya yang melalui 'booth' yang dibuka khas di hadapan RnR Rantau Manis, Gua Musang pada pagi tadi.