Sumbangan Barangan Perubatan Daripada MAIK
- Super User
- Berita Semasa
- Jumlah paparan: 2498
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini telah menerima sumbangan barangan perubatan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Barangan berkenaan yang bernilai RM10,620 akan diagihkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna FELDA Chiku 5 dan Dewan Serbaguna Pusat Latihan KESEDAR di Gua Musang.
Kesemua barangan perubatan tersebut diserahkan oleh YABrs Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman kepada YABrs Ketua Jajahan Gua Musang, Haji Abdul Pattah bin Hasbullah di Lobi MAIK dan turut dihadiri YBrs Setiausaha MAIK, Encik Muhamad Rasani bin Ramli
Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada Program dan Kempen Imunisasi COVID-19 MAIK yang mana telah menggunakan Dana Awam Baitulmal MAIK.
Sumbangan berkenaan disalurkan bagi membantu memudahkan dan meningkatkan jumlah pemeriksaan tahap kesihatan penerima vaksin satu-satu masa.