YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menerima taklimat ringkas oleh YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Noor Hisyam Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
- Super User
- Berita Semasa
- Jumlah paparan: 2247
31 Januari 2021, 18 Jamadil Akhir 1442- YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menerima taklimat ringkas oleh YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Noor Hisyam Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada pagi tadi. Beliau hadir sempena lawatan kerja ke Negeri Kelantan.
Pematuhan kepada garis panduan dan pembudayaan norma baharu dalam komuniti merupakan perkara utama yang dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.
YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar sama - sama menyokong penuh usaha - usaha pasukan barisan hadapan terutama dalam sektor kesihatan untuk sentiasa patuh kepada SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Dengan kerjasama dan berkat doa daripada semua, semoga Allah SWT memberi keselamatan dan menghindari negara daripada wabak ini. InsyAllah.
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :
https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1505203746336404