PM umum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020
- Super User
- Berita Semasa
- Jumlah paparan: 3372
Kerajaan memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berakhir pada 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui lanjutan itu, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan.