PM umum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020
- Super User
- Berita Semasa
- Jumlah paparan: 3449
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.
"Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD," katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.