Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Go-Green
- Super User
- Berita Semasa
- Jumlah paparan: 3405
Satu Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Go-Green Peringkat Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang telah diadakan pada 15 Julai 2019 bertempat di Bilik Gerakan Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Majlis ini telah dirasmikan dan dilancarkan oleh YBrs Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang, En Nik Razak bin Nik Hassan. Pelaksanaan EKSA adalah ke arah mencerminkan imej korporat jabatan serta konsep kerja yang dilaksanakan. Dalam pada itu, kempen Go-Green juga dilaksanakan bersama kempen EKSA bagi memupuk ke arah penjimatan tenaga dan menjaga alam sekitar selari dengan kehendak kerajaan agar menggunakan sebarang benda yang boleh dikitar semula termasuklah penggunaan kertas yang terbuang.
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :
https://www.facebook.com/ptjgm/posts/2416060601790257