Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
- Super User
- Berita Semasa
- Jumlah paparan: 2242
Entrance Conference dan Exit Conference bagi Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dijalankan bermula dari 28 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022
Pada 30 April 2009, semasa mesyuarat Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri telah diputuskan supaya System Star Rating (SSR) perlu diperluaskan kepada pentadbiran tanah sebagai langkah memastikan peningkatan kualiti perkhidmatan urusan tanah sentiasa diberi keutamaan.
Susulan daripada itu, Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah telah berlangsung bermula pada tahun 2013 sehingga sekarang.
Objektif SSR Pentadbiran Tanah adalah untuk mengukur kemajuan dalam Pentadbiran Tanah serta menilai dan mengukur prestasi Pentadbiran Tanah supaya sentiasa berada pada tahap yang cemerlang. Seterusnya, inisiatif ini diharapkan dapat memantapkan lagi dan mencapai satu standard Pengurusan dan Pentadbiran Tanah