Panduan Menggunakan RSS
- Super User
- Uncategorised
- Hits: 9033
PANDUAN MENGGUNAKAN RSS
Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Apa itu RssReader? RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/
RSS di Portal PTJKK
Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal PTJGM bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh PTJGM Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar PTJGM dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal PTJGM dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui RSS Feeds ini juga:
1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai PTJGM dengan lebih cepat dan berkesan
4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini
Langkah-langkah Installasi RssReader
Langkah 1:
- Muat turun install Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
- Cara yang paling mudah adalah dengan Windows update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1 .
Langkah 2:
Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut: rssreader.zip atau rssreader.exe
Langkah 3:
- Install RssReader.
- Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
- Terus run jika anda muat turun versi .exe .
Langkah 4:
Sila lihat link RSS di dalam Portal PTJGM.
Letakkan mouse di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/