Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN KERJA RASMI YBM TENGKU KAYA PERKASA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KE JAJAHAN GUA MUSANG

18 September 2025 - YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jajahan Gua Musang sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meninjau status semasa pembangunan, mengenal pasti isu-isu setempat serta meneliti cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh pihak pentadbiran jajahan.
 
 
Lawatan dimulakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dengan sesi taklimat pembangunan oleh Ketua Jajahan Gua Musang. Taklimat komprehensif tersebut merangkumi pelaksanaan projek semasa, cabaran yang dihadapi serta cadangan strategik bagi memperkukuh kemajuan jajahan.
 
YBM Tengku Kaya Perkasa turut menyampaikan amanat kepada barisan pentadbir jajahan, menekankan kepentingan tadbir urus yang cekap, penyampaian perkhidmatan yang berkesan serta keperluan untuk terus mendekati rakyat melalui pendekatan yang berintegriti dan inklusif.
Dalam amanat beliau, YBM turut menegaskan:
β€œGua Musang bukan hanya jajahan terbesar di Kelantan, tetapi wajar menjadi simbol kebangkitan ekonomi baharu negeri ini dengan kekayaan sumber semula jadi, kedudukan strategik, sokongan infrastruktur dan pelaksanaan projek berimpak tinggi.”
Beliau turut menyeru semua jabatan dan agensi agar proaktif merangka pelan tindakan bersepadu dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada.
 
Lawatan ini turut disertai oleh pegawai pengurusan tertinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri yang berkaitan, sebagai tanda sokongan padu terhadap agenda pembangunan jajahan.
 
Majlis diteruskan dengan lawatan tapak ke beberapa projek pembangunan sekitar Gua Musang, antaranya:
- Cadangan Tapak Arkeologi 1, 2 dan 3
- Cadangan Projek Gerbang Perdana
- Taman Sri Cindai
- Cadangan Medan Selera dan Hotel
- Cadangan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
- Tapak DXN
- Madinatul Athasi (Bandar Perabot)
 
YBM Tengku Kaya Perkasa kemudiannya meneruskan lawatan ke Tapak Projek Hidroelektrik Nenggiri, di mana beliau menerima taklimat perkembangan terkini daripada pihak TNB Genco sebelum meninjau empangan utama yang menjadi antara komponen penting dalam agenda tenaga boleh diperbaharui negeri.
 
Kerajaan Negeri Kelantan kekal komited untuk memperkukuh pembangunan di peringkat akar umbi, memastikan setiap projek dilaksanakan secara berkesan dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan generasi akan datang.
 
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini : 
 
  • Hits: 32

Arkib Elektronik
KELGOV PPST

https://ptjgm.kelantan.gov.my/index.php/ms/profail/dasar-privasi