Majlis Pelancaran Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui (Madinatul Athasi)
- Super User
- Berita Semasa
- Hits: 3199
Majlis Pelancaran Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui (Madinatul Athasi) , Gua Musang, Kelantan pada 22 Muharram 1422H bersamaan 10 September 2020. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan
Pelancaran kompleks ini adalah sejajar dengan Hasrat Kerajaan Negeri dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025, dibawah Tonggak Kemakmuran: Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan iaitu untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan mewujudkan Kawasan Industri Baharu yang berpotensi dan juga memberi fokus kepada industri hiliran berasaskan kayu.
Kerajaan Negeri yakin pelancaran ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor industri hiliran di Negeri Kelantan.
Kawasan projek seluas 349 Ekar ini yang diletakkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Kelantan akan dibangunkan dengan melibatkan 3 fasa secara keseluruhan.Kerajaan Negeri dalam Rancangan Malaysia ke 12 telah memohon peruntukan sebanyak RM 20 Juta bagi penyediaan infrastruktur.
Sumber :
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah :