PM umum PKPB disambung sehingga 9 Jun 2020
- Super User
- Berita Semasa
- Hits: 3391
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi sehingga 9 Jun ini.
Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat kata sepakat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Atas nasihat KKM dan MKN, saya ingin umumkan PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei akan disambung sehingga 9 jun iaitu 4 minggu lagi," katanya dalam perutusan khas menerusi siaran langsung RTM hari ini.