MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN ASNAF DAN MANGSA BANJIR SERTA MAJLIS TADARRUS AL-QURAN
- Super User
- Berita Semasa
- Hits: 2596
YMM Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid telah berkenan berangkat ke Masjid Razaleigh, Gua Musang untuk menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Asnaf dan Mangsa Banjir serta Majlis Tadarrus Al-Quran di Jajahan Gua Musang pada Khamis, 3 November 2022.
Menyambut keberangkatan YMM Raja Perempuan ialah YABrs Ketua Jajahan Gua Musang dan isteri, YABrs Timbalan Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK),YBrs Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang dan isteri, Ketua-Ketua Jabatan di Jajahan Gua Musang, Pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Pegawai-Pegawai Kerajaan di Jajahan Gua Musang, Puspanita Jajahan Gua Musang serta PERKEP IPD Gua Musang.
Baginda turut berkenan untuk berangkat ke Santapan Tengahari di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Gua Musang sebelum berangkat pulang.
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :