Program Transformasi Jati Diri Orang Asli Peringkat Jajahan Gua Musang di Pos Pasik, Gua Musang
- Super User
- Berita Semasa
- Hits: 1779
Pada 6 - 7 Oktober 2022, Program Transformasi Jati Diri Orang Asli telah diadakan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Turut menyertai program ini adalah Majlis Daerah Gua Musang, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli Gua Musang, Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, Jabatan Pertahanan Awam Daerah Gua Musang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang, Jabatan Pertanian Daerah Gua Musang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Jajahan Gua Musang serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (YADIM)
Turut menyertai program ini juga adalah Puspanita Jajahan Gua Musang dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan serta Kelab IKRAB PTJGM.
Turut hadir pada program ini adalah YB ADUN Nenggiri serta beberapa jemputan yang lain
Antara pengisian program antaranya adalah sukaneka seperti tarik tali, sepakan penalti, pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna. Beberapa sumbangan juga turut diagihkan kepada para penduduk orang asli di sini yang berupa bakul makanan, peralatan dan beg sekolah serta lain-lain keperluan lagi.
Pihak PTJGM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Seri Permai (JAKOA), Pos Pasik kerana memberikan sepenuh kerjasama dalam program kali ini.
Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :