Selamat Datang
Terima Kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang.
Laman web ini masih dalam penyediaan maklumat dan menaiktaraf sistem. Kandungan laman web akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kesulitan melayari amat dikesali.
Terbaru
| Kakitangan Baru di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
26 Januari 2010 » Berita Gua Musang, 26 Januari 2010 - Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang baru-baru ini telah menerima beberapa orang kakitangan baru untuk berkhidmat di pejabat. Kakitangan baru yang telah melaporkan diri di pejabat ini adalah En. Mohd Rumizan bin Mohamad Yusoff (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29) ditempatkan di Unit Teknologi Maklumat, En. Rosli bin Yaakub (Pembantu Tadbir (Kewangan) W17) ditempatkan di Bahagian Hasil, En. Mohd Nazrul Hisam bin Mohd Yas (Pembantu Tadbir (Kewangan) W17) ditempatkan di Bahagian Pembangunan, Pn. Radiah binti Yaacob (Pembantu Tadbir (Kewangan) W17) ditempatkan di Bahagian Hasil dan Cik Nurul Hidayah bt. Din (Pembantu Tadbir (Kewangan) W17) ditempatkan di Bahagian Kewangan. |
| Audit 5S Oleh MPC
02 Mac 2009 » Berita » Aktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 26hb Februari 2009 telah mengaudit semula bagi memperbaharui Sijil Program 5S yang dianugerahkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Pengauditan bagi memperbaharui sijil Perlaksanaan Amalan Persekitaran Kualiti Program 5S untuk tempoh 2009 dilakukan Pegawai Bahagian Pemantauan Persijilan 5S MPC dari Kuala Lumpur, Encik Zaki Jaafar. Pengauditan yang dilakukan membabitkan kesemua zon iaitu 6 zon. Menurut Encik Zaki, zon-zon berkenaan diaudit dan dilawati kerana ia terlibat secara langsung dengan orang ramai. "Antara aspek pengauditan yang diambil kira ialah pengurusan fail-fail zon, perjalanan fail-fail jabatan, keceriaan kawasan pejabat dan sebagainya," katanya di majlis tersebut. Sebelum itu taklimat mengenai perjalanan program 5S di Pejabat ini disampaikan Pengerusi Audit Dalam 5S PTJGM, Encik Mohamed Safaruddin Ismail dan Pejabat ini berjaya mengekalkan persijilan untuk satu tahun seterusnya.… |
| Gotong-Royong Perdana 5S
25 Februari 2009 » Berita » Aktiviti Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang menyertai gotong-royong perdana membersihkan kawasan persekitaran pejabat ini. Ketua Jajahan,Tuan Haji Ismail Samah berkata, gotong-royong ini diadakan sempena Audit Pemantauan Persijilan 5S 2009. Menurut Ketua Jajahan, Pejabat ini mengamalkan 'amalan 5S budaya kami' yang mana 5S dibudayakan ke arah mencapai matlamat perkhidmatan berkualiti, efisien dan berkesan untuk kepuasan pelanggan. "5S bertujuan mewujudkan suasana persekitaran kerja sihat, ceria dan selamat sepanjang masa kepada kakitangan dan pelanggan. Ia juga bagi menyediakan, memelihara dan menyelenggarakan persekitaran kerja teratur, bersih dan konduksi untuk merangsang produktiviti kakitangan untuk menghasilkan budaya kerja dan perkhidmatan berkualiti, efisien dan berkesan." kata Ketua Jajahan. Ketua Jajahan berkata, Audit Pemantauan Persijilan 5S ini juga bertujuan memupuk sikap positif, berdisiplin, bermotivasi dan mempunyai semangat kerja berpasukan serta kekitaan tinggi dalam kalangan kakitangan untuk menghasilkan sistem… |
| Pesta Sukan Rakyat Dapat Sambutan Meriah
23 Februari 2009 » Berita » Aktiviti Penduduk-penduduk sekitar Gua Musang dan Sungai Asa menghadiri Majlis Pesta Sukan Rakyat Peringkat Jajahan Gua Musang sempena Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan ke-59 tahun ini. Ketua Jajahan, Tuan Haji Ismail Samah berkata, beliau berbesar hati kerana Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan sudi berangkat mencemar duli menyempurnakan tradisi raja bersama rakyat pada pesta sukan rakyat ini. Menurut Ketua Jajahan, kesudian Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan membuktikan usrah D'Raja menjadi kebanggaan rakyat jelata untuk tatapan generasi kini di samping untuk mewujudkan hubungan baik antara rakyat dan institusi diraja. "Menerusi program sempena hari keputeraan ini, khazanah seni budaya turut ditonjolkan melalui permainan rakyat. Semoga dengan program sebegini, sukan tradisi, sukan warisan bangsa dan khazanah negeri tidak akan terpinggir biar pun negara kian dihambat pembangunan" kata Ketua Jajahan ketika berucap pada majlis tersebut. Ketua Jajahan berkata, akhir-akhir ini sukan rakyat agak terpinggir dan hampir dilupak… |
| Hari Kelepasan Am Tahun 2009
19 Januari 2009 » Info A. Hari Kelepasan Am Persekutuan 1. Tahun Baru Cina 26 Januari 2009 (Isnin) 2. Hari Keputeraan Nabi Muhammad (s.a.w) (Maulidur Rasul) 09 Mac 2009 (Isnin) 3. Hari Pekerja 01 Mei 2009 (Jumaat) 4. Hari Wesak 09 Mei 2009 (Sabtu) 5. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong 06 Jun 2009 (Sabtu) 6. Hari Kebangsaan 31 Ogos 2009 (Isnin) 7. Hari Raya Puasa (*) 20 September 2009 (Ahad) 21 September 2009 (Isnin) 8. Hari Deepavali (*) 17 Oktober 2009 (Sabtu) 9. Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban 1430 Hijrah) 27 November 2009 (Jumaat) … |











+609 9121 963
+609 9121 669
ptjgm[at]kelantan.gov.my
IE 7.0 ke atas menggunakan resolusi 1024 x 768.