Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Tahun 2018 Peringkat Jajahan Gua Musang

Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim bagi tahun 2018 telah diadakan di Pusat Sivik Gua Musang pada 3 Oktober 2018. Majlis ini di sempurnakan oleh YB Dato' Nazran bin Muhammad selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim.

Penerima terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan pejabat pelajaran daerah Gua Musang serta Pelajar-pelajar dari sekolah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Majlis ini dihadiri oleh YABrs.Ketua Jajahan Gua Musang serta pegawai-pegawai kanan negeri Kelantan dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dalam jajahan Gua Musang.

Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2000533013343020&type=1&l=53cc2f2077

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888