Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Tahun 2018 Peringkat Jajahan Gua Musang

Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim bagi tahun 2018 telah diadakan di Pusat Sivik Gua Musang pada 3 Oktober 2018. Majlis ini di sempurnakan oleh YB Dato' Nazran bin Muhammad selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim.

Baca Selanjutnya

Makluman Penting

Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mengalami gangguan dan masalah teknikal. Segala talian sambungan tidak dapat digunakan buat sementara waktu dan hanya talian terus sahaja dapat digunakan dan akan mengambil masa yang beberapa hari yang berkemungkinan memakan masa yang agak lama sedikit untuk pulih seperti sediakala. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku

Baca Selanjutnya

Sambutan Hari Malaysia Tahun 2018

Lebih dari 2,000 peserta daripada 69 kontinjen menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Kelantan yang disambut di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Perarakan tersebut, yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian, dirasmikan oleh YM Dato' Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal.

Hadir sama Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 

Baca Selanjutnya

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888