Projek D'Raja Kelantan Bandar Gua Musang
(Makanan Sejuk Beku)

PENGENALAN

Projek DiRaja Jajahan Gua Musang (Projek Pemprosesan Makanan Ringan) telah sempurna Majlis Perasmian Pelancarannya oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan pada 20 Jamadil Akhir 1423H Bersamaan 29 Ogos 2002 jam 11.00 pagi bertempat di Dataran Usahawan, Bandar Baru, Gua Musang.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan Pusat Pemprosesan dan Pemasaran Produk-produk Makanan Ringan yang terancang, mudah dan produk Halal.
  • Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang pemprosesan produk-produk industri Kecil Pemprosesan Makanan Ringan kepada petani luar Bandar.
  • Meningkatkan punca pendapatan tetap kepada golongan wanita/peserta projek

AGENSI PENERAJU


Jabatan Pertanian

SENARAI PESERTA

Projek DiRaja Bandar Gua Musang diusahakan oleh 1 orang peserta yang berdikari dan terdapat 3 peserta di bawahnya untuk dilatih dan diberi bimbingan. Peserta-peserta tersebut ialah:-

  1. BB Razika Sakandar Khan. (Peserta berdikari)
  2. Mohd Harianh Khan B. Mohd Alui (Peserta pelatih)
  3. Nur Adila Bt. Abdul Manaf (Peserta pelatih)
  4. Siti Nor Bt Mohamad. (Peserta pelatih)

PRODUK

  1. Kek
  2. Kuih Muih
  3. Makanan Ringan
  4. Roti Canai Segera
  5. Pau Segera
  6. Sardin Gulung Segera
  7. Roti Goreng Segera
  8. Kuih Boom Segera
  9. Karipap Segera
  10. Popia Goreng Segera
  11. Donat Segera
  12. Roti Jala
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN GUA MUSANG
18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09-9121 963   Fax : 09-9121 669  Emel : ptjgm[at]kelantan.gov.my

Halaman ini dibuat serasi dengan IE 7.0 ke atas menggunakan resolusi 1024 x 768.

PENAFIAN
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.